Latihan & Perundingan


Al Fateh Training & Consultancy adalah sebuah syarikat latihan dan perundingan (training & consultancy) yang komited dengan usaha membangunkan sumber manusia secara holistik bagi mencapai kecemerlangan yang bersepadu merangkumi diri, keluarga dan organisasi. Bermula dari pinjaman daripada nama sebuah persatuan himpunan siswazah Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu, Al Fateh Training & Consultancy ini telah memainkan peranan secara konkrit dalam menyampaikan idea segar terhadap pembangunan manusia semenjak tahun  2008, kini telah mengorak selangkah ke hadapan dengan menubuhkan syarikat latihan dan perundingannya sendiri.

Tenaga penggerak syarikat ini terdiri daripada generasi muda yang mempunyai pelbagai latar-belakang pendidikan, minat, kecenderungan dan disiplin ilmu. Justeru, fasilitator dan tenaga pengajarnya mempunyai latar-belakang pendidikan dan pengalaman dalam bidang agama, kejuruteraan, perundangan, keusahawanan dan pentadbiran.

Pengalaman yang luas di bidang latihan juga memberikan kelebihan kepada Al Fateh Training & Consultancy dalam menyampaikan idea dan persembahan mereka kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Modul-modul program didasarkan kepada roh, falsafah dan methodologi yang sejajar dengan kehendak Islam yang kaya dengan pelbagai hikmah dan barakah. Nilai-nilai ilmu dan amalan ulama tradisional digabungjalinkan dengan sains moden dan pendekatan kontemporari yang dipersembahkan secara kreatif dan berkesan kepada peserta. 
 
Antara senarai program yang ditawarkan adalah seperti berikut:
  1. Program Pembangunan Pelajar
  2. Program Pembangunan Mahasiswa
  3. Program Pembangunan Usahawan
  4. Program Pembangunan Pekerja
  5. Program Kepimpinan
  6. Program Pengurusan Organisasi
  7. Program Pembangunan Keluarga

klik disini untuk... MAKLUMAT LANJUT

TAKWIM

RAKAN FACEBOOK



KOMENTAR



ARTIKEL

MUZIK

 

abm energy enterprise. Copyright 2011 All Rights Reserved