Majalah/ Akhbar


Majalah SOLUSI
Tajuk: "SOLUSI"
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Harga: RM 9.00

"...hari ni saya nak kongsikan majalah terbaru yang kini saya antara kolumnisnya- Majalah SOLUSI. Antara penulis-penulis lain juga terlibat termasuk: Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan Mohamed, Irfan Khairi (Jutawan Internet), Ustaz Zaharuddin, Haji Muhammad Zakaria dan  Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (dari saifulislam.com) adalah antara nama-nama yang tidak asing dalam dunia motivasi dan keagamaan..."

SOLUSI lahir untuk menjadi wasilah kesedaran, penghayatan dan pimpinan ke arah pelaksanaan syariat di semua peringkat, di semua bidang kehidupan. Misi utamanya ialah membantu setiap individu merealisasikan Islam sebagai satu cara hidup yang dengan sempurna menerusi pendekatan memujuk, mengingatkan dan memimpin berasaskan prinsip dakwah dan tarbiah. 

Lebih jauh lagi, SOLUSI ingin memantapkan pelaksanaan syariat Islam berasaskan kesepaduan ilmu wahyu (revealed knowledge) - tauhid, feqah, akhlak, dengan ilmu akal (acquired knowledge) - sains, matematik, sejarah, geografi.

Justeru, SOLUSI tidak hanya menjelaskan ilmu-ilmu berbentuk Fardhu Ain, tetapi mengaitkannya dengan unsur motivasi menerusi pengalaman, isu-isu dan kes-kes yang sering berlaku dalam masyarakat. Dengan ini diharapkan pembaca bukan sahaja tahu apa itu masalah, malah mampu menyelesaikannya...! 

Itulah SOLUSI...!

klik disini untuk... TEMPAHAN
.................................................................................................................................. 

TAKWIM

RAKAN FACEBOOK



KOMENTAR



ARTIKEL

MUZIK

 

abm energy enterprise. Copyright 2011 All Rights Reserved